Inisiatif FLYsiswa: Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan untuk Pelajar IPT
Inisiatif FLYsiswa merupakan satu program bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu pelajar institusi pengajian tinggi awam dan institusi pendidikan lain yang layak.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar yang perlu melakukan perjalanan udara antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bantuan ini khas untuk pelajar Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kelayakan Permohonan
Untuk layak menerima subsidi FLYsiswa, pelajar mesti memenuhi syarat berikut:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- Warganegara Malaysia
- Berstatus pelajar di institusi berikut:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Kolej Matrikulasi
- Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Berasal dan sedang menuntut di lokasi yang berbeza mengikut kategori berikut:
- Berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan dan menuntut di Semenanjung Malaysia
- Berasal dari Semenanjung Malaysia dan menuntut di Sabah, Sarawak atau Labuan
- Berasal dari Sabah dan menuntut di Sarawak atau Labuan
- Berasal dari Sarawak dan menuntut di Sabah atau Labuan
- Berasal dari Labuan dan menuntut di Sabah atau Sarawak
Pelajar baharu dan sedia ada yang berdaftar dengan institusi masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan juga layak memohon.
Tempoh Pelaksanaan
Permohonan subsidi ini boleh dilakukan berdasarkan fasa berikut:
Fasa | Status Pelajar | Tempoh Pelaksanaan |
---|---|---|
1 | Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar sebelum 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu berdaftar antara 1 Oktober – 31 Disember 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu berdaftar antara 1 Januari – 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
- Tempoh rayuan: 15 April 2025 – 30 September 2025
Butiran Bantuan
- Subsidi bernilai RM400 dalam bentuk baucar digital (credit shell).
- Sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala kelas ekonomi.
- Hanya boleh digunakan untuk penerbangan domestik antara lokasi asal dan tempat belajar.
- Sah digunakan bagi syarikat penerbangan berikut:
- Malaysia Airlines
- AirAsia
- Batik Air
- MASwings
- FireFly
- Tempoh permohonan baucar: 1 Januari 2025 – 30 November 2025.
- Tarikh akhir penebusan baucar: 31 Disember 2025 (tiket untuk perjalanan selepas tarikh ini masih dibenarkan).
Cara Permohonan
- Semak kelayakan di laman sesawang Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
- Jika tidak layak, pelajar boleh mengemukakan rayuan melalui sistem yang disediakan.
- Buat permohonan subsidi di laman web syarikat penerbangan pilihan.
- Menerima baucar digital RM400 sebagai credit shell dalam akaun syarikat penerbangan.
Nota: Jika harga tiket kurang daripada RM400, baki boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Contoh Penggunaan Baucar:
Tiket | Harga Tiket | Jumlah Dibayar Kerajaan | Jumlah Dibayar Pelajar | Baki Baucar |
---|---|---|---|---|
Tiket 1 (KL – Kuching) | RM300 | RM300 | RM0 | RM100 |
Tiket 2 (Kuching – KL) | RM150 | RM100 | RM50 | RM0 |
Saluran Pertanyaan dan Aduan
Pelajar boleh menghubungi syarikat penerbangan masing-masing sekiranya menghadapi masalah berkaitan baucar atau tiket penerbangan:
- Malaysia Airlines / FireFly / MASwings: Gunakan feedback form di laman web Malaysia Airlines.
- AirAsia: Gunakan saluran “AskBo” di laman sesawang AirAsia.
- Batik Air Malaysia: Hantar e-mel ke flysiswaone@batikair.com.my.
- Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT): Hantar e-mel ke aduan@mot.gov.my.
Kesimpulan
FLYsiswa adalah inisiatif kerajaan yang sangat membantu dalam mengurangkan beban kewangan pelajar yang perlu berulang-alik antara tempat asal dan tempat pengajian. Dengan subsidi RM400, pelajar dapat menikmati perjalanan yang lebih menjimatkan dan selesa. Pastikan anda memohon dalam tempoh yang ditetapkan dan manfaatkan bantuan ini sebaiknya!
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Kementerian Pengangkuta.n Malaysia (MOT)