Info Terkini : Cara Mohon Bantuan Tunai RM150 – RM1000 Bagi Setiap Orang

Pada tahun 2025, kerajaan Malaysia terus komited membantu rakyat dengan memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan, elaun, subsidi barangan asas dan insentif perlindungan sosial.

Semua bantuan ini merangkumi hampir semua lapisan rakyat – daripada isi rumah B40, warga emas, belia, ibu tunggal sehinggalah kepada peniaga kecil dan pekerja sendiri. Namun, masih ramai yang tidak tahu mereka sebenarnya layak menerima pelbagai jenis bantuan – bahkan ada bantuan yang terus dimasukkan ke dalam MyKad tanpa perlu dimohon.

Disebabkan itu, penting untuk kita semak satu per satu semua inisiatif yang tersedia. Artikel ini akan senaraikan secara lengkap semua bantuan kerajaan yang aktif tahun ini – termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan dan paling penting, cara mohon yang sah dan betul.

Ramai rakyat Malaysia masih belum tahu bahawa terdapat lebih 10 jenis bantuan kerajaan yang sedang aktif dan boleh dimohon sepanjang tahun 2025. Daripada bantuan tunai hingga elaun barang asas melalui MyKad, semuanya ada panduan rasmi untuk anda mohon sekarang.

1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)

Bantuan tunai sehingga RM2,500 setahun bergantung kepada jumlah anak dan pendapatan isi rumah.

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

  • Isi rumah ≤ RM2,500: RM1,000 – RM2,500
  • Isi rumah RM2,501 – RM5,000: RM500 – RM1,250
  • Bujang / Warga Emas: RM600

Cara Mohon:

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik Permohonan Baru atau Kemas Kini
  3. Isi maklumat diri, pasangan & anak (jika ada)
  4. Pastikan akaun bank aktif dimasukkan
  5. Hantar permohonan & cetak slip rujukan

2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2025)

Bantuan bulanan RM50 – RM200 untuk beli barangan asas melalui MyKad di lebih 1,200 kedai seluruh negara.

  • eKasih: RM2,100 setahun
  • Bukan eKasih: RM900 (Isi Rumah), RM450 (Warga Emas), RM600 (Bujang)

Cara Mohon: Tiada permohonan diperlukan. Secara automatik jika:

  • Anda lulus STR 2025
  • Tersenarai dalam data eKasih sehingga 31 Oktober 2024

Cara Semak: Layari www.mykasih.com.my & klik semakan status SARA

3. Skim Perubatan MADANI

Elaun rawatan asas percuma di klinik swasta panel, maksimum RM250 setahun untuk B40.

Cara Mohon: Tiada permohonan. Layak secara automatik jika anda penerima STR 2025.

Cara Semak: Pergi ke klinik panel & tunjukkan MyKad untuk semakan kelayakan secara terus.

4.-Saraan KWSP

Kerajaan membe iri insentif maksimum RM500 setahun kepada pencarum KWSP secara sukarela (bekerja sendiri).

Cara Mohon:

  1. Isi borang pendaftaran i-Saraan di mana-mana cawangan KWSP ATAU
  2. Daftar secara online melalui www.kwsp.gov.my
  3. Mulakan caruman sekurang-kurangnya RM60 setahun untuk layak insentif

5. Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM)

Bantuan RM150 – RM300 sebulan bagi setiap anak dari keluarga miskin, maksima RM1,000 seisi rumah.

Cara Mohon:

  1. Isi Borang Permohonan Bantuan Kanak-Kanak di pejabat JKM berdekatan
  2. Sediakan salinan MyKad/MyKid, sijil lahir anak, penyata pendapatan dan bil utiliti
  3. Hantar ke pejabat kebajikan daerah untuk penilaian & lawatan siasatan.

Skim takaful percuma yang beri pampasan RM8,000 untuk penyakit kritikal & elaun RM50/hari jika dimasukkan ke hospital.

Cara Mohon: Tiada permohonan. Semua penerima STR layak automatik. Untuk tuntutan:

  1. Layari www.mysalam.com.my
  2. Login menggunakan nombor MyKad
  3. Muat naik laporan perubatan & resit hospital

7. eBelia Rahmah / ePemula

Bantuan eWallet RM200 untuk belia umur 18–20 tahun & pelajar IPT 21–25 tahun.

Cara Mohon:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet, MAE, ShopeePay atau Setel
  2. Pilih program eBelia / ePemula di bahagian promosi
  3. Sahkan maklumat MyKad & tuntut RM200 eWallet

8. BUDI MADANI RM200

Bantuan tunai bulanan RM200 kepada penerima STR yang tidak menerima subsidi diesel secara langsung.

Cara Mohon:

  1. Layari budimadani.gov.my
  2. Klik “Permohonan Individu”
  3. Isi nombor MyKad dan maklumat peribadi
  4. Hantar & tunggu pengesahan melalui SMS

9. Lesen Memandu Percuma

Program khas i-Lestari JPJ untuk golongan B40 dan OKU mendapatkan lesen motosikal kelas B2 secara percuma.

Cara Mohon:

  1. Datang ke JPJ atau Institut Memandu terlibat
  2. Bawa salinan MyKad, salinan STR (jika ada) dan dokumen OKU (jika berkaitan)
  3. Isi borang permohonan Lesen B2 Percuma

10. Bakul Rahmah & Jualan Rahmah

Agihan barangan asas (beras, minyak, telur) dan jualan harga murah di lokasi terpilih seluruh negara.

Cara Mohon: Tiada permohonan online. Anda hanya perlu hadir ke lokasi jualan atau pengagihan. Info lokasi terkini akan diumumkan oleh KPDN atau melalui YB kawasan anda.

Soalan Lazim

1. Perlu ke mohon semua bantuan kerajaan secara berasingan?

Tidak. Sebahagian besar bantuan seperti SARA, Skim Perubatan Madani, MySalam dan BUDI Madani akan diberikan secara automatik jika anda lulus permohonan STR 2025. Walau bagaimanapun, bantuan seperti i-Saraan KWSP, BKK JKM dan Lesen Memandu Percuma memerlukan permohonan secara manual.

2. Kalau saya belum mohon STR, adakah saya masih boleh dapat bantuan lain?

Anda perlu mohon STR terlebih dahulu kerana ia merupakan asas kelayakan bagi hampir semua bantuan kerajaan 2025. Tanpa STR, anda tidak akan tersenarai dalam program SARA, Skim Perubatan MADANI dan MySalam.

3. Bila tarikh tutup permohonan STR 2025?

Tiada tarikh tutup tetap. Permohonan dibuka sepanjang tahun 2025. Namun, untuk melayakkan anda kepada fasa-fasa awal bayaran, mohon seawal mungkin.

4. Macam mana nak tahu kalau saya tersenarai dalam eKasih?

eKasih ialah data rasmi isi rumah miskin dan miskin tegar yang diselenggara oleh ICU JPM. Anda boleh buat semakan status eKasih dengan hadir ke Pejabat Daerah atau telefon ICU negeri. Jika tersenarai sebelum 31 Oktober 2024 dan lulus STR, anda akan automatik layak SARA penuh (RM2,100).

5. Ada risiko kena tipu kalau mohon bantuan online?

Ya, jika anda klik pautan yang tidak rasmi. Gunakan hanya laman web berikut:

Jangan beri nombor MyKad, OTP atau maklumat bank kepada pihak tidak dikenali.

6. Kalau MyKad saya rosak, macam mana nak beli barang guna SARA?

Hubungi talian bantuan MyKasih (03-7720 1800). Anda akan diberi pengecualian pembelian secara manual untuk satu kali sahaja sementara tunggu gantian MyKad baru. Selepas itu, pembelian hanya dibenarkan guna MyKad baharu dan nombor PIN anda.

7. Boleh ke wakil beli barang guna MyKad saya?

Tidak. Transaksi hanya dibenarkan oleh pemilik MyKad menggunakan nombor PIN 6-digit. MyKad tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain untuk elak penyalahgunaan bantuan.

8. Apa jadi kalau saya tak habiskan baki bantuan MyKad bulan ni?

Baki bulan semasa akan dibawa ke bulan berikutnya secara automatik. Namun, baki yang tidak digunakan sehingga 31 Disember 2025 akan luput secara automatik. Jadi, pastikan anda guna sebelum tarikh tersebut.

9. Adakah pelajar IPT layak STR atau SARA?

Pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS tidak layak mohon STR kategori bujang. Namun, mereka boleh dimasukkan sebagai anak tanggungan dalam permohonan STR isi rumah.

10. Di mana boleh saya semak semua status permohonan bantuan kerajaan?

Gunakan 3 portal rasmi ini untuk semakan lengkap:

Leave a Comment