Cuti sekolah sentiasa menjadi momen paling dinantikan oleh pelajar dan ibu bapa di seluruh Malaysia. Julai dan hujung tahun adalah dua musim cuti utama yang sering dirancang untuk aktiviti keluarga, kenduri, balik kampung atau percutian luar negeri. Tapi bilakah sebenarnya cuti sekolah rasmi bagi tahun 2025 menurut takwim Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Tarikh Cuti Sekolah Julai 2025 (Penggal Kedua)
Merujuk takwim rasmi KPM 2025, cuti pertengahan penggal kedua bermula pada pertengahan bulan Julai selama 9 hari. Berikut jadualnya mengikut negeri:
Negeri | Kumpulan | Tarikh Mula | Tarikh Tamat | Jumlah Hari |
---|---|---|---|---|
Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor | A | 11 Julai 2025 (Jumaat) | 19 Julai 2025 (Sabtu) | 9 Hari |
Negeri lain termasuk WP, Sabah, Sarawak | B | 12 Julai 2025 (Sabtu) | 20 Julai 2025 (Ahad) | 9 Hari |
Jadual Cuti Sekolah Malaysia 2025 (KPM Rasmi)
Jenis Cuti | Kumpulan A (Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor) | Kumpulan B (Negeri lain termasuk WP, Sabah & Sarawak) | Tempoh |
---|---|---|---|
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 21 Mac – 29 Mac 2025 | 22 Mac – 30 Mac 2025 | 9 Hari |
Cuti Pertengahan Tahun | 23 Mei – 7 Jun 2025 | 24 Mei – 8 Jun 2025 | 16 Hari |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 11 Julai – 19 Julai 2025 | 12 Julai – 20 Julai 2025 | 9 Hari |
Cuti Akhir Tahun | 21 Nov – 3 Jan 2026 | 22 Nov – 4 Jan 2026 | 6 Minggu |
Tarikh Cuti Sekolah Hujung Tahun 2025 (Akhir Sesi)
Cuti akhir tahun pula lebih panjang, memberi ruang untuk rehat panjang sebelum sesi baharu 2026. Berikut jadualnya:
Negeri | Tarikh Mula | Tarikh Tamat | Tempoh |
---|---|---|---|
Kumpulan A | 21 November 2025 (Jumaat) | 3 Januari 2026 (Sabtu) | 6 Minggu |
Kumpulan B | 22 November 2025 (Sabtu) | 4 Januari 2026 (Ahad) | 6 Minggu |
Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah
- Jelajah tempat menarik – Zoo, taman tema, galeri interaktif
- Daftar kem cuti sekolah – STEM, kem ibadah, kem Bahasa Inggeris
- Kelas jangka pendek – Coding, melukis, berenang, gitar
- Aktiviti keluarga – BBQ, family day, balik kampung, staycation
Mak Ayah, Jangan Lupa Semak Bantuan Yang Masuk Julai & Hujung Tahun
Cuti sekolah Julai dan hujung tahun juga waktu penting untuk semak bantuan kerajaan seperti:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp- STR Fasa 3 – Masuk pertengahan Julai
- SARA MyKad – RM200 (Julai hingga Disember)
- BKK – Bantuan tunai untuk B40 & petani
Tips Keselamatan Ketika Cuti Sekolah
Sebelum anda dan keluarga bergerak jauh:
- Pastikan kereta diservis & tayar dalam keadaan baik
- Semak trafik melalui Waze/Google Maps
- Elak bawa anak kecil keluar waktu panas terik
- Aktifkan loceng rumah & pantau CCTV jika balik kampung
Cuti sekolah Julai dan hujung tahun 2025 bukan sekadar masa rehat. Ia peluang untuk recharge, eratkan silaturrahim dan rancang aktiviti berfaedah. Pastikan anda semak tarikh terkini dari KPM dan manfaatkan juga segala bantuan kerajaan yang tersedia.
Senarai Tempat Perlancongan Menarik
Berikut ialah senarai tempat pelancongan menarik di Malaysia yang murah tapi menyeronokkan, sesuai untuk cuti sekolah dan bajet keluarga:
✅ 1. Taman Tema Air Percuma & Bajet
Taman Tasik Titiwangsa, KL – Ada taman air percuma, paddle boat & basikal sewa.
Wet World Shah Alam – Taman tema air bajet, sesuai untuk kanak-kanak.
Village Water Park, Langkawi – Harga murah, tapi seronok untuk keluarga.
✅ 2. Pantai & Pulau Cantik
Pantai Teluk Cempedak, Kuantan – Percuma & sesuai untuk berkelah.
Pantai Klebang, Melaka – Ada “padang pasir mini”, naik ATV pun boleh.
Pulau Kapas, Terengganu – Cantik, bajet & lebih tenang berbanding Redang/Perhentian.
✅ 3. Tempat Alam Semula Jadi & Air Terjun
Lata Kinjang, Perak – Air terjun tinggi, bayaran masuk sangat murah.
Sekayu Waterfall, Terengganu – Ada taman rekreasi & chalet bajet.
Taman Negeri Gunung Ledang, Johor – Hiking + air terjun = best!
✅ 4. Tempat Edu-Rekreasi (Seronok + Belajar)
Zoo Negara / Zoo Melaka – Tiket mampu milik, sesuai untuk kanak-kanak.
Petrosains, KLCC – Bayaran murah, interaktif & menyeronokkan.
Muzium 3D Langkawi / Perak – Tiket mesra bajet, gambar Instagrammable.
✅ 5. Tempat Unik & Instagrammable
Kampung Agong, Penang – Kampung viral dengan buaian sawah & suasana kampung.
Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan – Hutan, air terjun, kolam kanak-kanak.
Bukit Broga, Selangor – Hiking ringan + pemandangan matahari terbit.
✅ 6. Ladang & Aktiviti Haiwan
Farm In The City, Seri Kembangan – Mini zoo + interaksi haiwan.
G2G Animal Garden, MAEPS Serdang – Tiket bajet, banyak haiwan comel.
Ladang Teh BOH, Cameron Highlands – Percuma masuk + view cantik.