Bantuan Kanak-Kanak 2025: Siapa Layak & Cara Dapat RM2,500.
Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada wujud bantuan khas untuk anak-anak pada tahun 2025. Sebenarnya, Kerajaan telah menyediakan bantuan tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori isi rumah yang mempunyai anak.
Jumlah bantuan ini boleh mencecah sehingga RM2,500 setahun bergantung kepada bilangan anak dalam tanggungan dan status pendapatan isi rumah.
Apakaah Bntuan Kanak-Kanak Bawah STR?
Bantuan untuk anak-anak diberikan melalui kategori Isi Rumah dalam program STR. Jumlah yang diterima bergantung kepada pendapatan isi rumah serta bilangan anak yang menepati syarat (berumur di bawah 18 tahun). Berikut kadar bayaran yang diumumkan untuk tahun 2025:
Pendapatan Isi Rumah | 5 Anak & ke atas | 3-4 Anak | 1-2 Anak | Tiada Anak |
---|---|---|---|---|
RM2,500 dan ke bawah | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
RM2,501 – RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
Tambahan Bantuan Anak Melalui SARA 2025
Untuk keluarga yang lulus STR dan tergolong dalam kategori Miskin Tegar atau Miskin eKasih, mereka layak menerima tambahan bantuan SARA. Jumlah ini disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasar raya terpilih.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppKategori | Jumlah SARA 2025 | Jadual Bayaran |
---|---|---|
Isi Rumah (eKasih) | RM2,100 | RM100/bulan (Jan-Mac), RM200/bulan (Apr-Dis) |
Isi Rumah (bukan eKasih) | RM900 | RM100/bulan (Apr-Dis) |
Bantuan ini menjadikan jumlah keseluruhan yang boleh diterima bagi keluarga dengan anak adalah sehingga RM2,500 + RM2,100 = RM4,600 setahun bagi yang layak penuh kedua-dua STR dan SARA.
Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak
- Warganegara Malaysia
- Berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak berumur bawah 18 tahun
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Anak yang didaftarkan mesti mempunyai MyKid atau MyKad dan sah dalam sistem JPN
Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna MyKad
Berikut ialah antara barangan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA dalam MyKad:
- Beras, roti, telur, minyak masak
- Tepung, mi segera, biskut
- Makanan dalam tin, minuman asas, bahan perasa
- Produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan persekolahan
Lihat senarai penuh di sini: Senarai Barangan MyKasih
Cara Mohon & Kemas Kini STR Anak
Bantuan kanak-kanak hanya akan diberikan jika maklumat anak dimasukkan dalam permohonan STR. Anda perlu:
- Log masuk ke portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Kemas kini permohonan dan masukkan maklumat anak (nombor MyKid / MyKad)
- Simpan dan hantar permohonan lengkap
Maklumat lanjut tentang proses kemas kini boleh dirujuk dalam Panduan Pengguna STR 2025.
SOALAN LAZIM STR & SARA 2025 (BERKAITAN ANAK & ISI RUMAH)
Siapakah yang layak memohon STR kategori Isi Rumah?
➤ Pasangan berkahwin ATAU ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat, dan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.Anak bagaimana yang diambil kira dalam permohonan STR?
➤ Anak kandung atau anak angkat berumur bawah 18 tahun (atau OKU tanpa had umur) dan mempunyai nombor MyKid/MyKad sah.Adakah pelajar IPT layak dikira sebagai anak dalam permohonan?
➤ Tidak. Pelajar IPT berumur 21 tahun ke atas TIDAK diambil kira sebagai tanggungan anak dalam STR.Berapa jumlah bayaran STR untuk isi rumah dengan anak?
➤ Jumlah antara RM500 hingga RM2,500 bergantung kepada pendapatan isi rumah dan bilangan anak.Adakah tambahan bantuan diberi melalui SARA untuk isi rumah dengan anak?
➤ Ya. Penerima STR kategori Isi Rumah juga akan menerima SARA sehingga RM2,100 setahun jika layak eKasih, atau RM900 jika bukan eKasih.Perlukah saya mohon bantuan SARA secara berasingan?
➤ Tidak perlu. Ia diberi secara automatik kepada penerima STR yang layak.Apakah barangan yang boleh dibeli dengan bantuan SARA?
➤ Makanan asas (beras, roti, telur, minyak, mi segera), barangan kebersihan, ubat-ubatan, dan barangan sekolah.Adakah saya boleh guna SARA di mana-mana pasar raya?
➤ Ya, di lebih 1,200 pasar raya/kedai runcit berdaftar MyKasih seperti Lotus, Giant, Econsave, 99 Speedmart dan sebagainya.Bagaimana cara saya semak kelayakan atau status bantuan SARA?
➤ Melalui:Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal MyKasih: https://www.mykasih.com.my
SMS/WhatsApp dari MyKasih
Surat rasmi
Bolehkah saya teruskan pembelian jika MyKad hilang/rosak?
➤ Tidak. Hanya pembelian secara manual sekali dibenarkan. MyKad baharu perlu digunakan selepas itu.Baki dalam akaun SARA tidak habis guna. Boleh dibawa ke bulan berikutnya?
➤ Ya, baki boleh dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput pada 31 Disember 2025.Bolehkah pembelian dibuat oleh orang lain guna MyKad saya?
➤ Tidak dibenarkan. MyKad mesti digunakan oleh penerima sendiri dengan nombor pin khas.Saya sudah bercerai, tapi anak di bawah jagaan saya. Adakah saya masih layak bantuan?
➤ Ya, jika permohonan STR anda diluluskan sebagai ketua isi rumah dengan anak.